? ??????????????Wavy Repeat? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??155 Grabs Today. 917 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Music With My Eyes Shut? ????? ?? ???Rating: 4.7 (3 Ratings)??574 Grabs Today. 2279 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get t BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, March 30, 2010

Final Exam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


semakin hari semakin hampir.......................itulah hari yang akan diperjuangkan oleh pelajar-pelajar USIM untuk menentukan kelayakan memasuki semester seterusnya......

Pelbagai gelagat dan cara study yang diamalkan oleh pelajar-pelajar. Ada yang suka study awal dan ada yang duka study last minit. semua itu bergantung pada kemampuan masing2. Saya akan berkongsi sedikit sebanyak tentang 7 tips cemerlang menghadapi peperiksaan yang saya ambil dari page BERSAMA KALAM ABU MUSADDAD... (article asal from berita harian)



1. Semak jadual


Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.


Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.


2. Kunci peperiksaan


Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.


Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.


3. Tentukan keutamaan


Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.


Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.


4. Banyak mengingat dan membuat kaitan


Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.


Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.


5. Merancang persiapan peperiksaan


Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.


a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.


Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.


Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.


Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.


Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.


Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.


Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.


Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.


b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.


Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.


Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.


Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.


Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.


Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel


Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.


Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.


c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.


Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.


Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.


6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan


Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.


7. Berdoa dan bertawakal


Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.


Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti

Monday, March 22, 2010

sahabat Perjuangan

video

sahabat......

dikau sahabat suka duka bersamaku......

dikala senang kau memberi senyuman

dikala susah nasihat kau berikan...

dikala sedih, air mata sahabat,kau sama jatuhkan,....

Dikala sakit setiap masa kau temankan

Bersama sama meniti kejayaan

bersama mencari kebahgiaan

semoga sahabat..ukhwah itu berkekalan

sehingga akhirat,

bukan di akhir zaman....

Syarat-syarat pertunangan

AKU DOK MENDENGOR HARI HARI ORANG NAK BERTUNANG LA APE LA......AKU PUN TERDETIK NAK POST KN MAKLUMAT NIH.....

BACE TAU....ILMU NIH...

Perempuan yang di pinang halal dikahwini

Perempuan yang halal di tunangi adalah sebagaimana perempuan yang halal dikahwini.

Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua :

Haram selama-lamanya

Haram selamanya ialah perempuan yang haram dikahwini oleh seseorang lelaki untuk selama-lamanya, walaubagaimanapun keadaan dan ketika[1]. Faktor pengharaman disebabkan:
1. Hubungan keturunan
2. Hubungan perkahwinan
3. Faktor penyusuan

Haram untuk sementara waktu

Perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu sahaja ialah perempuan yang haram dikahwini disebabkan oleh halangan-halangan tertentu. Perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu ialah:

1. Berkahwin dengan dua beradik perempuan sekali gus
2. Memadukan seorang perempuan dengan ibu saudara sebelah ibunya atau ibu saudara sebelah bapanya
3. Berkahwin lebih dari empat
4. perempuan kafir yang menyembah berhala
5. perempuan yang sudah mempunyai suami
6. perempuan yang di dalam iddah
7. perempuan yang diceraikan dengan talak tiga.
perempuan yang dipinang tidak berada dalam keadaan iddah

Orang yang iddah adalah merujuk kepada perempuan yang di dalam iddah samada iddah disebabkan talak ataupun kematian suami.

2.1 Perempuan yang dalam iddah disebabkan talak raj’ie

maka tidak sah pertunangan walaupun pertunangan tersebut secara tasrih mahupun ta’rid.

2.2 Perempuan yang dalam kematian suami firman Allah s.w.t surah al-Baqarah ayat 235

Maksudnya:
Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu

Berdasarkan ayat tersebut, tiada dosa keatas mereka yang meminang perempuan yang dalam iddah disebabkan kematian suami secara ta’rid. Akan tetapi tidak diharuskan untuk meminang perempuan tersebut secara tasrih.

2.3 perempuan yang ditalak tiga

Menurut pandangan mazhab hanbali, diharuskan untuk meminang perempuan yang di dalam keadaan iddah disebabkan talak ba’in[2].

Manakala menurut pandangan mazhab hanafi, tidak diharuskan untuk meminang perempuan tersebut samada secara tasrih mahupun ta’rid[3].


Akan tetapi diharuskan untuk meminang perempuan yang dalam keadaan iddah disebabkan talak ba’in dan kematian suami.

Perempuan tersebut bukanlah pinangan orang lain.[4]
Tegahan ini berdasarkan hadis :
لا يخطب أحدكم على خطبة أخيه حتى يترك الخاطب قبله او يأذن
Maksudnya : “Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan"
( Riwayat Bukhari )
Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan daripada Ahmad dan Muslim yang bermaksud :
“ Ditegah seseorang itu daripada menjual atas jualan saudaranya. Juga ditegah seseorang itu daripada meminang tunang saudaranya sehinggalah ia membatalkan pertunangannya, atau ia sendiri yang mengizinkannya,”

Tegahan diatas adalah jelas menunjukkan bahawahukum pinangan kedua adlah haram sekiranya pihak perempuan telah menerima pinangan pertama. Ini kerana tindakan demikian rupa akan menimbulkan perasaan kurang senang dan mewujudkan perasaan dendam daripada tunang yang pertama.[5]

Pengharaman meminang pinangan orang lain sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut[6] :

1) Telah berlaku peminangan sebelumnya. Walaupun diantara lelaki pertama dan wanita tersebut sudah mengenali diantara satu sama lain namun jika tidak berlaku tuntutan untuk berkahwin maka tidaklah diharamkan.

2) Peminang yang pertama tersebut masih wujud. Ini bermaksud ia tidak menghilangkan diri, meninggal dunia, atau murtad meninggalkan Islam.

3) Peminangan yang terdahulu adalah peminangan yang dibolehkan syarak. Sekiranya peminangan yang pertama daripada lelaki pasangan yang diharamkan kahwin atau wanita yang masih dalam iddah, maka tidaklah diharamkan peminangan tersebut.

4) Tidaklah peminang yang pertama terdiri daripada kafir dzimmi. Ini kerana mereka bukanlah saudara bagi muslim.

5) Hendaklah peminang yang kedua mengetahui bahawa wanita yang ingin dipinang itu sudah dipinang. Sekiranya ia tidak mengetahui, maka tidaklah ia mendapat dosa diatas peminangan tersebut.

6) Dan tidaklah peminang yang pertama adalah orang yang fasiq. Sekiranya peminang yang kedua terdiri dari lelaki yang soleh, maka tidaklah diharamkan peminangan tersebut.

7) Seseorang perempuan telah dianggap sebagai tunangan orang secara syarak dengan jawapan setuju menerima yang diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki yang meminang.[7]

Jawapan terima boleh diambil kira oleh syarak bagi pihak perempuan melalui salah seorang sebagaimana dibawah ini:[8]
a) Perempuan itu sendiri, seandainya pengizinannya boleh diambil kira.’
b) Wali perempuan yang dipinang seandainya pengizinan perempuan tersebut tidak boleh diambil kira.
c) Perempuan dan walinya jika peminang tidak kufu
d) Sultan, jika perempuan tersebut gila, telah baligh dan ketiadaan bapa serta datuk

Dan sekiranya peminangan tersebut tidak terdapat sebarang jawapan samada menolak ataupun menerima, maka disini terdapat perbezaan pendapat[9] :

Pendapat di dalam mazhab Syafie mengharuskan peminangan tersebut berdasarkan dalil:

Hadis Nabi s.a.w., ketika Baginda meminangkan Fatimah binti Qais untuk Usamah bin Zaid, dia menyatakan kepada baginda bahawa dirinya telah dipinang oleh Abu Jahm dan Muawiyah:
Ertinya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Abu Jahm seorang yang ringan tangan , sedang Muawiyah seorang yang melarat, berkahwinlah dengan Usamah bin Zaid."

Hukum yang dapat diambil dari hadis di atas ialah:
Abu Jahm dan Muawiyah telah meminang Fatimah binti Qais. Selepas itu Rasulullah s.a.w. pula datang meminangnya untuk Usamah bin Zaid. Peminangan ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. kerana Fatimah binti Qais belum memberikan jawapan terhadap pinangan kedua-dua sahabatnya sebelum itu.

Manakala bagi pandangan Jumhur pula tidak dibolehkan. Ini kerana tidak terdapat jawapan penolakan daripada wanita tersebut. Dan tidaka ada sebab untuk peminang yang kedua untuk mengatakan bahawa peminangan pertama ditolak.
[1] Dr. Mustafa al-khin, Dr. mustofa al-Bugha & alo asy-syarbaji, Fiqh manhaji ala’ mazhab al-imam as-shafi’e, dar al-qalam, hlm. 21.
[2] Ibn Qudamah (1998), Mughni, Jilid 9, Kitab Nikah, Riyadh: dar al-a’lam al-kutub, hlm. 572.
[3] Abdul Karim Zaidan, op.cit, hlm. 66.
[4] Wahbah Az-Zuhaili, hlm 18
[5] Ibid, hlm 11
[6] Muhammad Uqlah, Nizam al-Usrah fi al-Islam, hlm 227
[7] Khatib al-Syarbini, Mughni Muhtaj hlm 184
[8] Ibid.
[9] Muhammad Uqlah, Nizam al-Usrah fi al-Islam, hlm 228-229

Friday, March 19, 2010

dengarla rintihan seorang hamba ini.....rintihan kepada Yang Esa sebelum nyawanya diambil beberapa jam kemudian....pemergian yang tidak dijangka......renungkanlah...

Monday, March 15, 2010

Pengapit VS Photographer

13 dan 14 March baru-baru nie aku berkampung di rumah emak saudara aku di Chini Pahang. Aku memang berjanji untuk menjadi pengapit sepupuku di hari persandingan ea nanti. Pagi 13 March tu aku diminta untuk menjadi photographer yang tidak bertauliah huhu....maka berlansunglah tugas aku sebagai pengapit dan jugak photographer...mase persandingan sahaja aku tidak memegang kamera. Selepas tu.... aku pegang kamera blik huhu.... tengok la pic yang aku da snap... huhu















25 Pesanan Luqman Hakim Kepada Anak-Anaknya

with my lovely father

10 March baru -baru nie befday abah aku.... Pagi tu ak wish befday tp lewat ckit la... but it still ok kan,, Aku beli la something untuk abah.... bile da balik rumah.. baru teringat yang abah aku x pakai pun mende alah tue... korang ni tentu tertanya-tanya ape yang aku beli kan?? aku beli neck tie...........abah mane pakai kemeja...ea pakai baju yang x memerlukan pakai tie...aku pn da tak ingat ape nama jenis that cloth.. so sempena hari lahir abah aku, aku poskan pada korang pesanan lukman hakim untuk anaknye....aku copy dari cheahmad.blogcpot.com



Pesanan #1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”

Pesanan #2: “Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”

Pesanan #3: “Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”

Pesanan #4: “Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”

Pesanan #5: “Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”

Pesanan #6: “Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.”

Pesanan #7: “Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”

Pesanan #8: “Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.”

Pesanan #9: “Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”

Pesanan #10: “Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”

Pesanan #11: “Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”

Pesanan #12: “Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”

Pesanan #13: “Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”

Pesanan #14: “Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”

Pesanan #15: “Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”

Pesanan #16: “Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”

Pesanan #17: “Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”

Pesanan #18: “Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”

Pesanan #19: “Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”

Pesanan #20: “Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”

Pesanan #21: “Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”

Pesanan #22: “Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.”

Pesanan #23: “Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”

Pesanan #24: “Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”

Pesanan #25: “Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
Hayatilah..... wasalam....

Thursday, March 4, 2010

perniagaan lokcin dan aiskrim pulut


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cerita dan pengalaman menjalankan perniagaan kecil kecilan ni....amat menyeronokkan serta mencabarkan..kami diberi task (BERNIAGA). disebabkan itu tertubuhlah kumpulan MILLION yang terdiri dari 10 orang wanita yang ayu-ayu dan cantik hehe,tapi bukan sebarang wanita okey..everything kami did sendiri.

Setelah perbincangan,kami bersetuju untuk menjual sate ikan (LOk CIN) dan aiskrim pulut. Agak simple.....huhuhu....Persiapan pun dibuat la serba sederhana berbekalkan modal RM50 ringgit sorang... Disebabkan baru je nk niaga....maka banyaklah barang kehendak tu dijadikan keperluan. Nasib baik sya jenis mengumpul tupperware.... boleh guna buat berniaga.

Pada hari yang ditetapkan (2-5 March 2010) kami pun berniaga...selama 3 hari berniaga kami la peniaga paling lambat bukak...macam2 hal la.....nanti you all berniaga jang jadi cam kami heheh...tidak elok untuk dijadikan rujukan haha....Gerai kamilah jugak gerai paling simple idea hiasan dan menu ada dua sahaja atas meja. Peniaga lain stay sampai malam, kitorang petang da bungkus-bungkus haha. Ape jenis peniaga la kitorang ni

Saya jelaskan disini sedikit sebanyak tentang pruduk kami..tidaklah nanti semua pembaca tertanya-tanya kan. Lok Cin tu name untuk satey ikan.. memang fully ikan rasenye....satey ni akan dibakar dulu....da name pun satey kan haha.. celop ngn sos buatan sendiri pasti menyelerakan... 3 batang singgit!!! mari-mari beli. Aiskrim pulut pulak...diletakkan dalam cawan pulut dan aiskrim then add in jagung dan hiasan sikit....RM1.50 jeh...

Biasalah berniaga ramai ramai ni...ada pecanggahan pendapat ape lah... biasalah tu.. seme mungkin da penat dan berada dalam dunia emosi masing masing. Tapi kejap je la, tak lame...ok jek hehehe....

Saya bersyukur sangat sebab kitorang berjaya habiskan jualan semuanya....ahha!! tau sebab ape.... market tinggi sey haha...gerai kami tu la yang paling bising mempromosikan produk..Geli ati bile ingat balik... "adik manis...abang manis... satey ikan ade...aiskrim pulut ade.." "lokcin satey ikan...3 singgit- 3 singgit" hahahaha......

Walaupun 3 hari berniaga belum boleh jadi jutawan.. tapi character keusahawanan tu ade....memerah otak untuk menjual poduk gantian...sbab produk utama habis stok... kami jual keropok bakar...keropok ranggup dan sosej gemuk..

Semuanya memang memenatkan...kaki jangan kate la....lenguh bukan main lagi....tapi tu semua pengalaman kan....Saya dapat banyak pengajaran dari apa yang kitorang jalankan keje nih..

1) kerjasama tu penting
2) sentiasa kene berfikir
3) kesepakatan tu penting sangat
4) Be rasional...bijak cari pelanggan
5) Sentiasala ye kita bersyukur....kadang 2 suke sangat2 terlupa pada pencipta..
6) kreativiti tu necessary skill yang kene ade
7) kerajinan tu tunggak utama untuk berjaya
dan bnyak lagi

Gitulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsi tentang moral of value harian2 saya. Berniaga memerlukan semangat yang kuat. seronok dan memenatkan
PEACE!!!!