? ??????????????Wavy Repeat? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??155 Grabs Today. 917 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Music With My Eyes Shut? ????? ?? ???Rating: 4.7 (3 Ratings)??574 Grabs Today. 2279 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get t BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, March 15, 2010

Pengapit VS Photographer

13 dan 14 March baru-baru nie aku berkampung di rumah emak saudara aku di Chini Pahang. Aku memang berjanji untuk menjadi pengapit sepupuku di hari persandingan ea nanti. Pagi 13 March tu aku diminta untuk menjadi photographer yang tidak bertauliah huhu....maka berlansunglah tugas aku sebagai pengapit dan jugak photographer...mase persandingan sahaja aku tidak memegang kamera. Selepas tu.... aku pegang kamera blik huhu.... tengok la pic yang aku da snap... huhu















25 Pesanan Luqman Hakim Kepada Anak-Anaknya

with my lovely father

10 March baru -baru nie befday abah aku.... Pagi tu ak wish befday tp lewat ckit la... but it still ok kan,, Aku beli la something untuk abah.... bile da balik rumah.. baru teringat yang abah aku x pakai pun mende alah tue... korang ni tentu tertanya-tanya ape yang aku beli kan?? aku beli neck tie...........abah mane pakai kemeja...ea pakai baju yang x memerlukan pakai tie...aku pn da tak ingat ape nama jenis that cloth.. so sempena hari lahir abah aku, aku poskan pada korang pesanan lukman hakim untuk anaknye....aku copy dari cheahmad.blogcpot.com



Pesanan #1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”

Pesanan #2: “Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”

Pesanan #3: “Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”

Pesanan #4: “Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”

Pesanan #5: “Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”

Pesanan #6: “Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.”

Pesanan #7: “Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”

Pesanan #8: “Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.”

Pesanan #9: “Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”

Pesanan #10: “Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”

Pesanan #11: “Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”

Pesanan #12: “Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”

Pesanan #13: “Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”

Pesanan #14: “Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”

Pesanan #15: “Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”

Pesanan #16: “Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”

Pesanan #17: “Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”

Pesanan #18: “Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”

Pesanan #19: “Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”

Pesanan #20: “Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”

Pesanan #21: “Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”

Pesanan #22: “Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.”

Pesanan #23: “Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”

Pesanan #24: “Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”

Pesanan #25: “Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
Hayatilah..... wasalam....

Thursday, March 4, 2010

perniagaan lokcin dan aiskrim pulut


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cerita dan pengalaman menjalankan perniagaan kecil kecilan ni....amat menyeronokkan serta mencabarkan..kami diberi task (BERNIAGA). disebabkan itu tertubuhlah kumpulan MILLION yang terdiri dari 10 orang wanita yang ayu-ayu dan cantik hehe,tapi bukan sebarang wanita okey..everything kami did sendiri.

Setelah perbincangan,kami bersetuju untuk menjual sate ikan (LOk CIN) dan aiskrim pulut. Agak simple.....huhuhu....Persiapan pun dibuat la serba sederhana berbekalkan modal RM50 ringgit sorang... Disebabkan baru je nk niaga....maka banyaklah barang kehendak tu dijadikan keperluan. Nasib baik sya jenis mengumpul tupperware.... boleh guna buat berniaga.

Pada hari yang ditetapkan (2-5 March 2010) kami pun berniaga...selama 3 hari berniaga kami la peniaga paling lambat bukak...macam2 hal la.....nanti you all berniaga jang jadi cam kami heheh...tidak elok untuk dijadikan rujukan haha....Gerai kamilah jugak gerai paling simple idea hiasan dan menu ada dua sahaja atas meja. Peniaga lain stay sampai malam, kitorang petang da bungkus-bungkus haha. Ape jenis peniaga la kitorang ni

Saya jelaskan disini sedikit sebanyak tentang pruduk kami..tidaklah nanti semua pembaca tertanya-tanya kan. Lok Cin tu name untuk satey ikan.. memang fully ikan rasenye....satey ni akan dibakar dulu....da name pun satey kan haha.. celop ngn sos buatan sendiri pasti menyelerakan... 3 batang singgit!!! mari-mari beli. Aiskrim pulut pulak...diletakkan dalam cawan pulut dan aiskrim then add in jagung dan hiasan sikit....RM1.50 jeh...

Biasalah berniaga ramai ramai ni...ada pecanggahan pendapat ape lah... biasalah tu.. seme mungkin da penat dan berada dalam dunia emosi masing masing. Tapi kejap je la, tak lame...ok jek hehehe....

Saya bersyukur sangat sebab kitorang berjaya habiskan jualan semuanya....ahha!! tau sebab ape.... market tinggi sey haha...gerai kami tu la yang paling bising mempromosikan produk..Geli ati bile ingat balik... "adik manis...abang manis... satey ikan ade...aiskrim pulut ade.." "lokcin satey ikan...3 singgit- 3 singgit" hahahaha......

Walaupun 3 hari berniaga belum boleh jadi jutawan.. tapi character keusahawanan tu ade....memerah otak untuk menjual poduk gantian...sbab produk utama habis stok... kami jual keropok bakar...keropok ranggup dan sosej gemuk..

Semuanya memang memenatkan...kaki jangan kate la....lenguh bukan main lagi....tapi tu semua pengalaman kan....Saya dapat banyak pengajaran dari apa yang kitorang jalankan keje nih..

1) kerjasama tu penting
2) sentiasa kene berfikir
3) kesepakatan tu penting sangat
4) Be rasional...bijak cari pelanggan
5) Sentiasala ye kita bersyukur....kadang 2 suke sangat2 terlupa pada pencipta..
6) kreativiti tu necessary skill yang kene ade
7) kerajinan tu tunggak utama untuk berjaya
dan bnyak lagi

Gitulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsi tentang moral of value harian2 saya. Berniaga memerlukan semangat yang kuat. seronok dan memenatkan
PEACE!!!!

Wednesday, February 24, 2010

Volley Ball .......Sejarah....

Bola tampar adalah sukan yang aqu minat sejak ak sekolah rendah lagi..... ari nie aqu nak cerita pasal bola tampar.















Sejarah bola tampar dunia



Bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di gimnasium Y.M.C.A, Springfield Massachusettees, Amerika Syarikat oleh Prof. William J. Morgan. Masa tu diorang main dengan bola keranjang je.. Tangan diorang sakit sebab bola tu berat kan.. Morgan pun minta tolong syarikat Spalding buat bola baru gune kulit anak lembu.. Lepas pada tu permainan ini terus menjadi minat orang ramai. Bola tampar yang dikenali sebagai Mintonette ditukar kepada volley ball olaeh Prof. H.T Halstead pada tahu 1896.

Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.


Di Malaysia




Bermula sekitar 1920 an di Pulai Pinang. Dipopularkan oleh pelajar yang baru pulang dari Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri negeri lain.












Mari Berkongsi cerita

Aqu ni orang yang x brape pandai nk bercerita. maafla andai cerita ak ni dull. make u all feel bored. but i will try my best to BERCERITA secara santai dan korang pun seronok membacanya.... macam-macam cerita dan maklumat yang akan aqu kongsikan dengan korang. cerita apa??? maklumat apa??

segala ilmu yang pernah aqu belajar dan yang aqu pernah alami serta cerita yang pernah aqu dengar ....... event 1+1=2 pun ilmu kan.......huhu

TAPI..........korang kene komen tau!!!!

Monday, February 22, 2010

Hello hello



mari berkongsi cerita.......aqu ini adalah new blogger. Masih belajar dan akan terus belajar mengenai blog supaya aqu master dalam bidang nih.. cewah!!. macam macam cerita akan aqu kongsi bersama korang... semoga korang terhibur la ye dengan cerita2 aqu...